Jumaat, 3 April 2009

PeTuAAA

4 PERKARA UNTUK SIHAT & MENGUATKAN BADAN 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
4 PERKARA YANG MELEMAHKAN BADAN 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
4 PERKARA MENAJAMKAN MATA 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
4 PERKARA MEROSAKKAN MATA 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Sejenak Kita Bermadah....

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman. Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka - Soekarno Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Selamat Pengantin Baru Boy & Farah

Majlis Perkahwinan sepupu Man di Perkampungan Pengantin di KL...
selamat pengantin baru Boy n Farah..Semoga di murahkan rezeki.. dan berbahagia hingga ke akhir hayat..ucapan untuk Boy n Farah... "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan."

Bercuti di Alamanda

Masa bercuti, singgah kejap di Alamanda, Putrajaya... Bersama Nenek Kiah, Sepupu dan Mak Cik-Mak Cik
Ain n Adam..Seronok dapat bersama-sama menjelajah Alamanda..

FD MJS 2009

Hari keluarga MJS'2009 di D'Nelayan Sg. Tuang.. Selesai bersukaneka.. Kump. Merah, Kump.Kuning,Kump Hijau,Kump. Hijau... Yang Pasti semuanya JUARA.. Inilah acara yang merapatkan kami sekeluarga.. Moga tahun depan ada lagi FD happening nih..seronok tau..

Khamis, 2 April 2009

Muhammad Adam Faiz

Permata Hati..Muhammad Adam Faiz Bin Mohd Irman, lahir pada 24.09.2007. Setahun selepas akak nya di lahirkan.. Yang istimewanya Adam ni, dia lahir tak cukup bulan, 32 week.. beratnya 2.02kg masa di lahirkan.. Alhamdullillah Adam sihat.. Now umur 1 tahun 7 bulan.. tapi dia punya lasak, emmm.. tak menang tangan mama ngan abah dia.. Suka bermain dengan kereta mainan... siap bunyi keta lagi, dengan mulut-mulut...Hobi kacau kakak..pantang nengok kakak dok diam.. ada je benda nak di usiknya..Dok Taska yang sama dengan kakak..Luv u Boy.. Moga jadi anak yg soleh..dengar kata.. berguna pada bangsa dan negara...Sayang Adam..muahhhhhhhHHH..

Nurain Fatihah

Mutiara Hati Mama, Nurain Fatihah Bte Mohd Irman. Dilahirkan
pada 24.10.2006 di Hospital Besar Melaka. Bersamaan 1 Syawal lagi. Seorang yang suka dengan buku. Pantang jumpa buku, tak tido malam mama kena bacakan buku untuknya. Now Ain berusia 2 tahun 6 bulan. Perna tanya kat Ain.. 'Ain dah besar nak jadi apa???'.. Ain nak jadi Ultraman lah mama...Hahahah..sekarang nih Ain dok kat Taska Iman Mutiara kat Klebang. Di temani Ibu Sham ngan Ibu Na dia.. Selain teacher Nomi.. Ibu Na tolong masak utk Ain..Kawan Ain dak Kembar .... Ika...Sofia...Hakim...dan Adik tersayang Adam..muahhhh Luv u Sayang...semoga menjadi anak yang soleha sayang..

IniLah KelurGa Ku..

Bersama keluarga tercinta. Mama Ina-Abah Irman-Nurain Fatihah-Muhamad Adam Faiz. Kami semua berasal dari Melaka. Semoga Allah memberkati apa yang kami lakukan.