Rabu, 13 Mei 2009

Cara Rasulullah s.w.a menyemburkan penyakit

Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkanpenyakit PENYEBAB ROSAKNYA BADAN Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail) MENERANGKAN PENGLIHATANPerkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitumelihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihatorang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktupagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisanyang kecil-kecil. PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpailmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinariaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa. PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,berdusta dan suka mengadu domba. PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar diwaktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikirdi waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitutidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dankhianat. KEFAHAMAN DAN INGATAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitusentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnyadaya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dansedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemakserta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.Maksud firman Allah:Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan darijin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannyauntuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan merekamempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan merekalebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179) Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana iataat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW. ...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'