Jumaat, 23 Oktober 2009

Masa hari terBuka kat Opis MAMA nya



jamuan hr raya kat opis... ain adam bersama kawan-kawan baruuuu... syokk nyaaa

Khamis, 22 Oktober 2009

cerIta keGemaran Ain & Adam


penangan UPIN & IPIN abah kena beli plyerrr baru...

Rabu, 21 Oktober 2009

Kata Pujangga

"Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."

Selasa, 6 Oktober 2009

Bertemu kembali

Selamat Hari Raya untuk semua yg membaca ina punya blogs ni... so di kesempatan ini juga ina memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada pekara yang menyinggung perasaan kalian semua... semoga yg baik di jadikan teladan yang buruk di jadikan sempadan... Kepada rakan-rakan dan saudara mara ku yang baru mengunjungi bloger ina ni selamat dtg ye.... dah lama tak up date.. sibuk bangat.. so insysllah.. lepas nih ina akan aktifkan semuala blogs ina nih...so di kesempatan ini juga ina mengalukan sekiranya ada sesiapa yg nak berkongsi idea n pendapat utk blog ina nihhhh... TQ alll

Isnin, 18 Mei 2009

HADIAH PALING ISTIMEWA UNTUK INSAN TERSAYANG

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda- tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia 6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Rabu, 13 Mei 2009

Cara Rasulullah s.w.a menyemburkan penyakit

Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkanpenyakit PENYEBAB ROSAKNYA BADAN Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail) MENERANGKAN PENGLIHATANPerkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitumelihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihatorang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktupagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisanyang kecil-kecil. PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpailmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinariaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa. PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,berdusta dan suka mengadu domba. PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar diwaktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikirdi waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitutidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dankhianat. KEFAHAMAN DAN INGATAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitusentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnyadaya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dansedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemakserta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.Maksud firman Allah:Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan darijin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannyauntuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan merekamempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan merekalebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179) Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana iataat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW. ...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'

Isnin, 27 April 2009

Anak Permata Negara

Sekali sekala nak menceritakan berita gembira... Hari nih hari pertama Ain Adam ke Taska selepas cuti Sabtu dan Ahad.. cam biasa lah ain... meraung tak terhingga.. 'tak nak school...mama...nak balik rumah...' apa kan daya mama ain.. mama kena g workkkk...lagi lah dia menangis.. Adam coolll jerr...masuk dalam terus bawak bantal.. dalam pukul 9 lebih abah nyee call mama kat opis..abah kata Adam dapat masuk Program Anak Permata Negara.... wahhh satu berita yg tak dapat nak di gambarkan... nak pisahkan Ain n Adam..satu pekara yang luar jangkaan.... tapi untuk dapatkan suatu yang terbaik, mestilah berkorban....kan gitu...so mama pun akan buat yang terbaik utk anak-anak mama dapat ilmu yang terbaik...untuk dunia dan akhirat....aminnnnn

Mencari Keredhaan ALLAH

Redha dari ALLAH itulah yang paling besar. Usaha dan amal tulus ikhlas yang kita usahakan selama hidup didunia ini, adalah bedasar ibadat kepada ALLAH dan kasih sayan kepada sesama manusia, tidaklah hilang percuma saja disisi ALLAH, bahkan disambut dengan baik dan akan di- beri hadiah atau cenderamata yang mengejutkan tetapi menggembirakan dan membahagiakan. Ayat 19 Surah As-Sajadah yang bermaksud, Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Rezeki yang ALLAH anugerahkan pada mereka, akan mereka berikan pada orang lain sebagai tolong menolong (menafkahkan sebahagian dari rezeki mereka). Cinta kasih sayang sesama manusia, kerana imanlah tidak disertai oleh benci, bahkan menimbulkan cinta, kerana orang yang beriman tidak mungkin bakhil.sebab dia tahu bahawa rezeki yang didapati adalah pem- berian dari ALLAH

Khamis, 23 April 2009

Teman seperjuangan di JAKIM--Lynnnnn

satu kenangan yg tak boleh dilupkan.. buat sahabat-sahabat di Jakim... semoga ianya menjadi satu kenangan yg abadi dan semoga kita tak terputus hubungan...sWeet Memory

Cinta nan abadi.. Rumah ku Syurga ku

ini lah lambang kekuatan keluarga MJS.. sehingga tertubuhnya KOWAIS.. Koperasi Warisan Jasin Berhad.. bersama-samalah kita menjayakan satu misi..satu matlamat..satu tekat dan SATU SEMANGAT... pastikan ianya menjadi kenyataan... doa dan harapan agar meruba segala kelemahan kita.. dan menjadikan ianya satu Kejayaan.... jom bangkit keluarga MJS ... meneruskan perjuangan penubuhan KOWARIS... yang pasti adakah kita yang beromong-omong kosong ini telah menjelaskan tanggungjawap kita..."bayarlah yuaran sedara-sedara ku sekelian..." barulah program boleh jalan... masa tak tunggu kita... pls kejar dengan keadaan celaru sekarang...

Isu hangat

ain ngan adam semasa ada isu hangat nak di bincangkan... nih masa sibuk isu Pilihan Raya.. sambil bingcang gak isu PM baru kita nih Tok Najib... "SATU MALAYSIA..." moga-moga manjadi anak yang soleh dan soleha... berguna untuk keluarga, bangsa dan negara... dah tentu yang terbaik dari anak-anak mama cute nih yang mama harapkan... Insyallah.. amin....

coretan mama

salam...
untuk semua teman-teman.... lama juga tak berkesempatan melawat blog ciptaan ina ni.. al maklum le sibuk banyak, bukan sikit..kerja kan satu tanggungjawab gak so tak boleh nak berkira sangat.. anyway welcome pada semua yg mengunjungi mutiaramama nih.. ianya terbuka untuk semua kawan-kawan baru dan lama , tak lupa juga pada mak-mak saudara, pak pak saudara dan juga sepupu sepapat saya.. so satu langkah yg menakjubkan bagi ina sekarang nih...

Jumaat, 3 April 2009

PeTuAAA

4 PERKARA UNTUK SIHAT & MENGUATKAN BADAN 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
4 PERKARA YANG MELEMAHKAN BADAN 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
4 PERKARA MENAJAMKAN MATA 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
4 PERKARA MEROSAKKAN MATA 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Sejenak Kita Bermadah....

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman. Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka - Soekarno Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Selamat Pengantin Baru Boy & Farah

Majlis Perkahwinan sepupu Man di Perkampungan Pengantin di KL...
selamat pengantin baru Boy n Farah..Semoga di murahkan rezeki.. dan berbahagia hingga ke akhir hayat..ucapan untuk Boy n Farah... "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan."

Bercuti di Alamanda

Masa bercuti, singgah kejap di Alamanda, Putrajaya... Bersama Nenek Kiah, Sepupu dan Mak Cik-Mak Cik
Ain n Adam..Seronok dapat bersama-sama menjelajah Alamanda..

FD MJS 2009

Hari keluarga MJS'2009 di D'Nelayan Sg. Tuang.. Selesai bersukaneka.. Kump. Merah, Kump.Kuning,Kump Hijau,Kump. Hijau... Yang Pasti semuanya JUARA.. Inilah acara yang merapatkan kami sekeluarga.. Moga tahun depan ada lagi FD happening nih..seronok tau..

Khamis, 2 April 2009

Muhammad Adam Faiz

Permata Hati..Muhammad Adam Faiz Bin Mohd Irman, lahir pada 24.09.2007. Setahun selepas akak nya di lahirkan.. Yang istimewanya Adam ni, dia lahir tak cukup bulan, 32 week.. beratnya 2.02kg masa di lahirkan.. Alhamdullillah Adam sihat.. Now umur 1 tahun 7 bulan.. tapi dia punya lasak, emmm.. tak menang tangan mama ngan abah dia.. Suka bermain dengan kereta mainan... siap bunyi keta lagi, dengan mulut-mulut...Hobi kacau kakak..pantang nengok kakak dok diam.. ada je benda nak di usiknya..Dok Taska yang sama dengan kakak..Luv u Boy.. Moga jadi anak yg soleh..dengar kata.. berguna pada bangsa dan negara...Sayang Adam..muahhhhhhhHHH..

Nurain Fatihah

Mutiara Hati Mama, Nurain Fatihah Bte Mohd Irman. Dilahirkan
pada 24.10.2006 di Hospital Besar Melaka. Bersamaan 1 Syawal lagi. Seorang yang suka dengan buku. Pantang jumpa buku, tak tido malam mama kena bacakan buku untuknya. Now Ain berusia 2 tahun 6 bulan. Perna tanya kat Ain.. 'Ain dah besar nak jadi apa???'.. Ain nak jadi Ultraman lah mama...Hahahah..sekarang nih Ain dok kat Taska Iman Mutiara kat Klebang. Di temani Ibu Sham ngan Ibu Na dia.. Selain teacher Nomi.. Ibu Na tolong masak utk Ain..Kawan Ain dak Kembar .... Ika...Sofia...Hakim...dan Adik tersayang Adam..muahhhh Luv u Sayang...semoga menjadi anak yang soleha sayang..

IniLah KelurGa Ku..

Bersama keluarga tercinta. Mama Ina-Abah Irman-Nurain Fatihah-Muhamad Adam Faiz. Kami semua berasal dari Melaka. Semoga Allah memberkati apa yang kami lakukan.