Isnin, 27 April 2009

Mencari Keredhaan ALLAH

Redha dari ALLAH itulah yang paling besar. Usaha dan amal tulus ikhlas yang kita usahakan selama hidup didunia ini, adalah bedasar ibadat kepada ALLAH dan kasih sayan kepada sesama manusia, tidaklah hilang percuma saja disisi ALLAH, bahkan disambut dengan baik dan akan di- beri hadiah atau cenderamata yang mengejutkan tetapi menggembirakan dan membahagiakan. Ayat 19 Surah As-Sajadah yang bermaksud, Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Rezeki yang ALLAH anugerahkan pada mereka, akan mereka berikan pada orang lain sebagai tolong menolong (menafkahkan sebahagian dari rezeki mereka). Cinta kasih sayang sesama manusia, kerana imanlah tidak disertai oleh benci, bahkan menimbulkan cinta, kerana orang yang beriman tidak mungkin bakhil.sebab dia tahu bahawa rezeki yang didapati adalah pem- berian dari ALLAH