Isnin, 27 April 2009

Anak Permata Negara

Sekali sekala nak menceritakan berita gembira... Hari nih hari pertama Ain Adam ke Taska selepas cuti Sabtu dan Ahad.. cam biasa lah ain... meraung tak terhingga.. 'tak nak school...mama...nak balik rumah...' apa kan daya mama ain.. mama kena g workkkk...lagi lah dia menangis.. Adam coolll jerr...masuk dalam terus bawak bantal.. dalam pukul 9 lebih abah nyee call mama kat opis..abah kata Adam dapat masuk Program Anak Permata Negara.... wahhh satu berita yg tak dapat nak di gambarkan... nak pisahkan Ain n Adam..satu pekara yang luar jangkaan.... tapi untuk dapatkan suatu yang terbaik, mestilah berkorban....kan gitu...so mama pun akan buat yang terbaik utk anak-anak mama dapat ilmu yang terbaik...untuk dunia dan akhirat....aminnnnn

Mencari Keredhaan ALLAH

Redha dari ALLAH itulah yang paling besar. Usaha dan amal tulus ikhlas yang kita usahakan selama hidup didunia ini, adalah bedasar ibadat kepada ALLAH dan kasih sayan kepada sesama manusia, tidaklah hilang percuma saja disisi ALLAH, bahkan disambut dengan baik dan akan di- beri hadiah atau cenderamata yang mengejutkan tetapi menggembirakan dan membahagiakan. Ayat 19 Surah As-Sajadah yang bermaksud, Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Rezeki yang ALLAH anugerahkan pada mereka, akan mereka berikan pada orang lain sebagai tolong menolong (menafkahkan sebahagian dari rezeki mereka). Cinta kasih sayang sesama manusia, kerana imanlah tidak disertai oleh benci, bahkan menimbulkan cinta, kerana orang yang beriman tidak mungkin bakhil.sebab dia tahu bahawa rezeki yang didapati adalah pem- berian dari ALLAH